APA ITU RANGKAI KATA? Rangkai kata adalah dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan untuk menjadi makna tertentu. Contoh: a. Cermin + mata = Cermin mata b. Kasut + bola = Kasut bola c. Buku + tulis = Buku tulis Kebiasaanya, dalam satu kelompok kata itu, maknanya saling bersambungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Oleh itu, hal ini menjelaskan bahawa setiap makna tidak digambarkan dengan satu perkataan sahaja tetapi pada dua perkataan yang dirangkaikan. Walaupun ianya terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan ianya memiliki makna yang berasing-asing tetap juga perkataan itu membawa makna apabila suda di rangkaikan menjadi satu. Perkataan "kaki" tidaklah menunjukkan perbezaan yang besar sebaliknya, perbezaannya itu hanyalah kecil sahaja dan makna intinya itu dapat dikesan dengan mudah. i. Kaki Bangku ii. Kaki Kerusi iii. Kaki Meja iv. Kaki Bukit v. Kaki Langit Makna inti bagi perkataan "kaki" dalam contoh i, ii, iii, iv, dan v ialah ...