MEMBINA AYAT 馃挱
Latihan membina ayat sangat penting untuk memahirkan murid-murid dalam menulis sesebuah karangan. Latihan membina ayat harus dipupuk bermula pada Tahun Satu lagi. Bagi latihan membina ayat, guru perlu melatih mereka menulis dua bentuk ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
馃尭 Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Contoh ayat adalah seperti berikut:
I. Datuk (subjek) berkerusi roda (predikat).
II. Kami (subjek) bercuti di Pulau Sipadan (predikat).
III. Ibu (subjek) membeli sayur (predikat).
馃尭 Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
Contoh ayat adalah seperti berikut:
I. Saya membuat kerja sekolah semasa adik tidur dalam buaian.
Ayat 1: Saya membuat kerja sekolah
Ayat 2: Adik tidur dalam buaian
Kata Hubung: semasa
II. Dia kesunyian sejak sepupunya berpindah ke bandar
Ayat 1: Dia kesunyian
Ayat 2: Sepupunya berpindah ke bandar
Kata Hubung: sejak.
Selain daripada ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat juga terdiri daripada empat jenis iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
馃尭 Ayat Penyata
Ayat penyata ayat yang diucapkan dengan tujuan membuat kenyataan. Misalnya menyatakan sesuatu keterangan berkenaan sesuatu hal atau berita. Contoh ayat:
I. Adik sedang tidur.
II. Kakak membaca buku.
馃尭 Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan nada suara dan penggunaan tertentu. Ditandai (?) pada akhir ayat.
Contoh ayat:
I. Pernahkah kamu melancong ke luar negara?
II. Apakah nama kucing kamu?
馃尭 Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan atau memberi suruhan, larangan atau permintan. Ayat ini ditujukan kepada orang kedua menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya. Terdapat empat jenis ayat perintah iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan dan ayat permintaan. Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan untuk menyampaikan perintah atau arahan. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:
I. Tolong ambil gambar saya.
II. Jangan bising.
III. Silakan datang ke rumah saya.
馃尭 Ayat Seru
Ayat seru ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi tertentu berdasarkan sesuatu situasi untuk melahirkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, geram, seronok dan sebagainya. Ayat ini ditandai dengan tanda seruan (!) pada akhir ayat. Contoh:
1. Amboi, garangnya!
2. Cis, pengkhianat!
3. Aduh, sakitnya!
4. Nah, ambillah wang ini!
Blog ini sangat membantu saya untuk lebih memahami tentang topik pembelajaran, isi dan penerangan juga sangat ringkas dan padat. Semoga cikgu terus berjaya dalam bidang yang cikgu ceburi 馃げ馃徏
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan semoga anda terus bersemangat untuk belajar serta tidak jemuh dalam menggali ilmu pengetahuan.
DeleteAssalamualaikum cikgu Jue, apa khabar semoga cikgu sentiasa dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Saya amat tertarik dengan perisian blog cikgu ini kerana ianya sangat ringkas, padat dan mudah difahami. Saya harap cikgu akan terus memberi perisian pengajaran dalam blog ini. Semoga maju jaya.
ReplyDeleteTerima kasih
Waalaikumsalam, Nor Hamimah. Alhamdulillah, cikgu sihat walafiat. Terima kasih. Semoga blog ini membantu dalam pembelajaran kamu untuk meningkatkan penguasaan dalam subjek Bahasa Melayu.
DeleteAssalamualaikum cikgu sitti, terima kasih atas perkongsian ilmu dalam blog ini. Bahan rujukan dalam blog ini sangat simple dan mudah difahami. Selamat maju jaya cikgu !
ReplyDelete