DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain.
KONSEP PENULISAN
Penulisan ini merujuk kepada kemahiran seseorang dalam keupayaan mereka untuk menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Oleh itu, setiap sekolah mewajibkan atau mengalakan pelajar mereka untuk menggunakan kreativiti tersendiri untuk menghasilkan bahan penulisan yang menarik.
TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS
❤ Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan pelajar menulis dengan baik, cekap dan pantas.
❤ Membolehkan pelajar mengeja perkataan dengan pantas
❤ Menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca
❤ Membolehkan pelajar melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan
❤ Mendedahkan pelajar dengan cara penulisan yang betul
❤ Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan
Comments
Post a Comment