Skip to main content

RANGKAI KATA

 APA ITU RANGKAI KATA?

Rangkai kata adalah dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan untuk menjadi makna tertentu. 

Contoh:

a. Cermin + mata = Cermin mata

b. Kasut + bola = Kasut bola

c. Buku + tulis = Buku tulis

Kebiasaanya, dalam satu kelompok kata itu, maknanya saling bersambungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Oleh itu, hal ini menjelaskan bahawa setiap makna tidak digambarkan dengan satu perkataan sahaja tetapi pada dua perkataan yang dirangkaikan. Walaupun ianya terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan ianya memiliki makna yang berasing-asing tetap juga perkataan itu membawa makna apabila suda di rangkaikan menjadi satu. 

Perkataan "kaki" tidaklah menunjukkan perbezaan yang besar sebaliknya, perbezaannya itu hanyalah kecil sahaja dan makna intinya itu dapat dikesan dengan mudah. 

i. Kaki Bangku

ii. Kaki Kerusi

iii. Kaki Meja

iv. Kaki Bukit

v. Kaki Langit

Makna inti bagi perkataan "kaki" dalam contoh i, ii, iii, iv, dan v ialah "bahagian sebelah bawah sesuatu". jadi, jelas bahawa ayat boleh menyebabkan sesuatu perkara itu berbeza maknanya atau boleh mengubah terus maknanya. 

Selain itu, satu hal lagi yang perlu dinyatakan mengenai makna dalam ayat ini ialah wujudnya ayat yang kabur maknanya. Sebagai contoh: 

1. Dia buang air.

2. Hatinya hancur.

3. Dia ke tandas. 

berdasarkan ayat di atas, ketiga-tiga ayat ini boleh membawa lebih daripada satu makna. 

- Ayat 1 (a) Dia mencurahkan air untuk dibuang, atau (b) Dia membuang air kecil

- Ayat 2 (a) Dia kecewa atau terlalu sedih, atau (b) Hatinya (satu daripada organ dalam tubuh) rosak (disebabkan penyakit atau kemalangan).

- Ayat 3 (a) Dia (hanya) ke tandas atau (b) Dia ke tandas dan buang air. 

Comments

  1. Terima kasih cg..bahan rujukan seperti ini dapat membantu pelajar dalam memahami dan menggunakan istilah dengan betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kerana sudi melawat blog kami. Semoga anda terhibur dengan perkongsian yang terdapat dalam perisian blog ini.

      Sekian.

      Delete
  2. Assalamualaikum cikgu. Bahan pembelajaran yang mudah difahami. Dapat menggunakan rangkai kata dengan betul dalam sesuatu ayat. Terima kasih cikgu sitti atas perkongsiannya. Semoga sentiasa dipermudahakan dalam berkongsi pengetahuan cikgu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih. membantu hehe

    ReplyDelete
  4. ade maksud ke utk rangkai kata .... bukanlah noktah
    dalam setiap ayat penyata soalan... ade satu ayat " bukanlah noktah " tetapi tidak ade maksud mengenainya . Amat bersyukur jika diberikan pertolongan dengan maksudnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap saya maksudnya 'tiada henti' maaf kalau tersalah ,sekadar menjawab pertanyaan hehe.....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tingkatan 1 | Menulis: Membina Ayat

URL:  https://youtu.be/osf5Vs5krfw Membina ayat merupakan salah satu elemen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membina ayat ini mampu menunjukkan bahawa murid-murid menguasai kosa kata dan kemampuan untuk mengembangkan idea dengan baik melalui penulisan. Justeru itu, sebelum membina ayat murid perlu mengetahui maksud perkataan yang diberi. Berdasarkan video di atas, terdapat dua contoh perkataan yang tidak difahami oleh Lana iaitu: Contoh perkataan: Jerawat Akil Baligh Maksud perkataan 💭 Jerawat (Bisul kecil yang terdapat pada muka) Akil Baligh (Sudah berakal dan cukup umur) Contoh Ayat:  Masalah jerawat merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan remaja. Setiap remaja yang akil baligh akan mengalami perubahan fizikal.

CONTOH SOALAN RANGKAI KATA TINGKATAN 1.

Contoh Soalan. Jelaskan maksud rangkai kata yang berwarna merah. Jawapan: ·          Akil baligh - mencapai tahap kematangan ·          Liang folikel - lubang-lubang sel yang mempunyai ruang sempit ·          Terampai - tersimpan di dalam suatu tempat ·          Pori-pori - liang-liang halus pada kulit ·          Alergi - sensitif terhadap makanan ·          Kerengsaan - rasa gatal-gatal ·          Penyental - menggosok ·          Pelembab - bahan yang melembabkan dan menyegarkan ·          Sel-sel - unit terkecil sesuatu organisma ·          Hormon - proses perubahan dala...