Skip to main content

Posts

Video pengajaran secara online

馃搶 Link yang berikut ini merupakan video yang telah di rakam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku. Semoga link yang disertakan ini dapat membantu guru-guru dan juga pendidik yang akan datang untuk melakukan pengajaran secara berkesan dimana pun jua. https://drive.google.com/file/d/1lSkg8-1UfLdJMiFSaYArIkz17EWlUBcW/view?usp=sharing    
Recent posts

Slides Pengajaran (Mock Teaching)

馃搷 Setiap guru perlu tahu dalam pemilihan alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Link di bawah diharap dapat membantu guru-guru melakukan pengajaran berkesan. Selamat mencuba! https://drive.google.com/file/d/1DqGdbrUc9mWPXlQ7jHRL4Htj4RCnUQR2/view?usp=drivesdk  

CONTOH SOALAN RANGKAI KATA TINGKATAN 1.

Contoh Soalan. Jelaskan maksud rangkai kata yang berwarna merah. Jawapan: 路          Akil baligh - mencapai tahap kematangan 路          Liang folikel - lubang-lubang sel yang mempunyai ruang sempit 路          Terampai - tersimpan di dalam suatu tempat 路          Pori-pori - liang-liang halus pada kulit 路          Alergi - sensitif terhadap makanan 路          Kerengsaan - rasa gatal-gatal 路          Penyental - menggosok 路          Pelembab - bahan yang melembabkan dan menyegarkan 路          Sel-sel - unit terkecil sesuatu organisma 路          Hormon - proses perubahan dala...

RANGKAI KATA

 APA ITU RANGKAI KATA? Rangkai kata adalah dua kata dasar atau lebih yang dirangkaikan untuk menjadi makna tertentu.  Contoh: a. Cermin + mata = Cermin mata b. Kasut + bola = Kasut bola c. Buku + tulis = Buku tulis Kebiasaanya, dalam satu kelompok kata itu, maknanya saling bersambungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Oleh itu, hal ini menjelaskan bahawa setiap makna tidak digambarkan dengan satu perkataan sahaja tetapi pada dua perkataan yang dirangkaikan. Walaupun ianya terdiri daripada dua perkataan atau lebih, dan ianya memiliki makna yang berasing-asing tetap juga perkataan itu membawa makna apabila suda di rangkaikan menjadi satu.   Perkataan "kaki" tidaklah menunjukkan perbezaan yang besar sebaliknya, perbezaannya itu hanyalah kecil sahaja dan makna intinya itu dapat dikesan dengan mudah.  i. Kaki Bangku ii. Kaki Kerusi iii. Kaki Meja iv. Kaki Bukit v. Kaki Langit Makna inti bagi perkataan "kaki" dalam contoh i, ii, iii, iv, dan v ialah ...

Tingkatan 1 | Menulis: Membina Ayat

URL:  https://youtu.be/osf5Vs5krfw Membina ayat merupakan salah satu elemen utama dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membina ayat ini mampu menunjukkan bahawa murid-murid menguasai kosa kata dan kemampuan untuk mengembangkan idea dengan baik melalui penulisan. Justeru itu, sebelum membina ayat murid perlu mengetahui maksud perkataan yang diberi. Berdasarkan video di atas, terdapat dua contoh perkataan yang tidak difahami oleh Lana iaitu: Contoh perkataan: Jerawat Akil Baligh Maksud perkataan 馃挱 Jerawat (Bisul kecil yang terdapat pada muka) Akil Baligh (Sudah berakal dan cukup umur) Contoh Ayat:  Masalah jerawat merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan remaja. Setiap remaja yang akil baligh akan mengalami perubahan fizikal.

KEMAHIRAN MENULIS

DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambing-lambang bunyi. Tulisan juga merupakan alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat. Menulis ialah perbuatan mencatatkan kata-kata dengan huruf dan menggunakan alat tulis, melahirkan perasaan atau fikiran melalui tulisan dan catatan yang memakai huruf. Menulis juga bermaksud memzahirkan apa-apa yang ada dalam minda melalui media tulisan agar terhasil teks yang dapat dibaca dan seterusnya difahami oleh orang lain. KONSEP PENULISAN Penulisan ini merujuk kepada kemahiran seseorang dalam keupayaan mereka untuk menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kem...